Khamis, 24 September 2015

Kurus dan Sihat dengan Enerfiber


Apakah itu enerfiber?

Enerfiber adalah minuman serat yang diperolehi dari buah-buahan organik yang tinggi serat.

Ini adalah sebab kenapa saya mengamalkan enerfiber...


Pertama ia adalah berasaskan buah buahan organik.Tidak menyebabkan cirit birit yg tidak boleh dikawal.Tidak perlu berlapar dan tidak perlu exercise yg terlalu heavy. Pembersihan oleh enerfiber adalah kekal dimana fungsi enerfiber 'flush out' semua kotoran dan racun yg sudah berumah di dalam usus.Kegemukan adalah disebabkan sistem perkumuhan dan usus yg kotor.


SELAMAT UTK KANAK-KANAK DAN IBU YG MENYUSUKAN





Keberkesanan Ener Fiber :

Selepas pengambilan 6-8 jam, kesan yang paling jelas:

1. Kuantiti pembuangan adalah lebih banyak berbanding dengan masa sebelum ambil, tidak kira berapa kali pembuangan, masih ada najis keluar, tidak ada keadaan lemah cirit-birit, malah badan menjadi lebih ringan selepas pembuangan. Pada kebiasaannya, mereka yang ada masalah sembelit, bahagian perut adalah keras, selepas pengambilan Ener Fiber, akan dapat rasa bahagian perut menjadi lembut.

2 Jikalau terdapat "coprostasis" (najis yang terperangkap di dalam usus), pada masa permulaan mengambil Ener Fiber, bentuk najis yang dibuang tidak terdapat dalam bentuk yang sihat, najis berair, berbau busuk, warna yang gelap, ini menunjukkan toksin usus anda adalah tinggi, "coprostasis" juga banyak, jikalau keadaan ini wujud, anda boleh menambah pengambilan Ener Fiber sehingga pembuangan menjadi normal.
Bahan Kandungan Serbuk Buah Kiwi, Serbuk Epal, Serbuk Jambu Batu, Oat, Guar Gum, Oligosakarida, Perasa Lemon Semulajadi, Wheat Grass, Barley Grass, Spirulina, Stevia, Klorofil Alfafa.


Enerfiber (10g per pek)

  • Minuman yang senang, lazat dan kaya dengan serat ini membantu anda untuk mendapatkan pengambilan serat yang disyorkan.
  • Berasal daripada buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian dan bijiran semula jadi, diformulasi unik dengan Spirulina dan Klorofil.

Ramuan

Epal, Buah Kiwi, Jambu Batu, Oat, Serat Oat, Oligosakarida, Rumput Gandum, Rumput Barli, Spirulina, Stevia, Klorofil Alfalfa, Perasa Lemon Semulajadi.

Ciri-ciri unik

  • Serat yang tinggi. Mengandungi 3.6g serat per peket dan 35.6g serat per 100g Enerfiber.
    ** Maklumat: 6g serat per 100g makanan boleh dikira sebagai serat yang tinggi.
  • Tanpa pengawet dan pewarna tiruan.
  • Tanpa pengawet dan pewarna tiruan.




HARGA ASAL ENERFIBER RM284
HARGA PROMO DARI KAMI RM200
HARGA TRIAL PACK RM80

Hubungi kami di hotline 010-566 7297
Whatapps/Telegram available


Rabu, 19 Ogos 2015

8 KEAJAIBAN AIR ALKALI KEPADA KESIHATAN


Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh, masih ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian besar pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada itu.

Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda memerlukan air menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan. Jawapannya ada pada air alkali. Air alkali mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan.

Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:

1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan

Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.

Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.

Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.

Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.

2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan

Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.

Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.

3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air

Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.

Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.

Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.

4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali

Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh badan. Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.

Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.

5. Penawar kepada masalah kesihatan

Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang berlebihan.

Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.

6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul

Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.

Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.

Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

7. Air alkali membantu pengurangan berat badan

Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.

Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

Air beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya menyingkirkan dari tubuh badan.

8. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan

Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.

Apabila air dibacakan dengan perkataan ‘cinta’, ‘aman’ dan apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur yang indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif seperti ‘benci’,’sedih’ dan ‘perang’, kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecah-pecah.

Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.

Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat Islam yang membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut diminum sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 yang bermaksud,“Dan dari pada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.

Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkalisebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.

Rabu, 12 Ogos 2015

Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat


LDL (Low-density lipoprotein), Si Kolesterol “Jahat”

APAKAH KOLESTEROL ITU?

Kolesterol dapat ditemukan dalam aliran darah dan di semua sel tubuh. Tubuh juga menghasikan semua kolesterol yang digunakan. Low-density lipoprotein (LDL) atau kolesterol 'jahat' dapat bersatu dengan lemak dan zat-zat lain yang kemudian menompok di dinding bahagian dalam arteri. Hasilnya, arteri akan menjadi tersumbat dan menyempit, sehingga mengakibatkan aliran darah berkurang. High-density lipoprotein (HDL) atau kolesterol 'baik' membawa kolesterol berbahaya dari arteri dan membantu melindungi dari serangan jantung dan stroke.

Kedua jenis lemak ini, bersama dengan trigliserida dan kolesterol, merupakan jumlah kolesterol kesemua, yang sering digunakan dalam pemeriksaan kadar kolesterol darah.

Kolesterol LDL
Ketika terlalu banyak LDL (kolesterol jahat) beredar dalam darah, mereka perlahan-lahan termendap di dinding bahagian dalam arteri yang memberi nutrisi ke jantung dan otak. Bersama dengan zat lainnya, LDL dapat membentuk plak yang dapat menyempit arteri dan membuatnya kurang fleksibel. Kondisi ini dikenal sebagai aterosklerosis. Jika gumpalan darah terbentuk dan menyumbat arteri yang menyempit, serangan jantung atau stroke dapat terjadi.

Kolesterol HDL
Sekitar satu per empat sampai satu pe rtiga kolesterol darah dibawa oleh high-density lipoprotein (HDL). Kolesterol HDL dikenal sebagai kolesterol "baik", karena kadar HDL yang tinggi kandunganya dapat melindungi terhadap serangan jantung. Rendahnya paras HDL (kurang dari 40 mg/dL untuk lelaki dan kurang dari 50 mg/L untuk wanita) juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Para pakar perubatan berfikir bahwa HDL cenderung untuk membawa kolesterol dari arteri dan kembali ke hati. Beberapa pakar juga percaya bahwa HDL mampu menghilangkan kelebihan kolesterol dari plak arteri, dan melambatkan proses mendapan.

7 KHASIAT KURMA YANG ANDA PERLU TAHU

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.


“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19


“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW


Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.


Apakah antara khasiat utama kurma?


1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera


Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad


Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.


2)  Kaya dengan serat dan potassium


Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.


Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.


3)  Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.


4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25


Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).


5) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”


6) Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku